Ahad, 8 November 2009
Jumaat, 6 November 2009
Selasa, 3 November 2009
SENARAI NAMA-NAMA KURSUS PENGHAYATAN
Sila download file di atas untuk mengetahui nama-nama Kursus Penghayatan. Bagi peserta yang telah tiba di stesen bas Sungai Petani, sila hubungi Syam (019-3801885), Nur Lail (019-4554564), Amirul (013-4538658)
30% GELATIN KAPSUL UBAT TIDAK HALAL
PULAU PINANG 2 Nov. — Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.
Dekan Pusat Pengajian berkenaan, Prof. Madya Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.
"Daripada 100 produk yang kita uji sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu".
Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.
Syed Azhar berkata, produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.
"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal,” katanya. - Bernama
MAJLIS PENUTUPAN SIJIL HERBALIS 17
Alhamdulillah kursus sijil Herbalis 17 anjuran HPA telah pun menutup tirainya semalam. Seramai 70 org peserta dari 5 buah negara mengambil bahagian didalam kursus ini yang pertama kali menghimpunkan ahli2 dan staf dari pelbagai negara.Negara tersebut ialah Indonesia,Thailand,Cambodia,Hungray dan juga Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada kursus sijil Herbalis kali ke 17 ini.
Pelbagai onak dan duri telah berlalu dalam suasana yang begitu mengharukan kepada semua peserta yang hadir bagi menjayakan majlis penutup kursus sijil Herbalis 17 ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan Omar Mokhtar yang menjadi sentimentle kepada para peserta yang telah mengambil bahagian. Sedih dan pilu menyelubungi suasana dewan pada jam 3 ptg yang dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang juga merupakan rektor kepada sijil Herbalis 17 ini. Majlis dimulakan dngan bacaan Al-Quran oleh sdr Yusof dan diteruskan acara dengan sesi ucapan oleh wakil peserta dari kalangan muslimin dan muslimat.Sejurus selepas itu giliran Pengarah Urusan ,Tn Hj Ismail Hj Ahmad memberikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan sijil Herbalis ke 17 dengan tayangan Montaj dari Unit Multimedia menyusul selepas perasmian oleh Pengarah Urusan.Montaj dengan tema Di bawah Satu Cahaya,menggabungkan aspek budaya dan agama dari 5 buah negara dan tayangan slideshow telah membangkitkan seribu pengertian dan kenangan buat para peserta sepanjang program diadakan. Bab kata pepatah buang yang keroh ambillah yang jernih akan menjadi tauladan kita bersama.
Di akhir majlis penutupan ini,sesi perpisahan diadakan dengan bersalam salaman dengan semua urusetia dan pensyarah juga bersama pengarah urusan diatas pentas.Akhir kalam dari penulis Selamat Berjuang kepada semua peserta Herblis 17 yang telah berjaya bergelar perawat herbalis yang akan berjuang demi memartabatkan perubatan Thibbun nabawi ke seluruh dunia.Insyaallah.
Dipetik dari HPA Training
Khamis, 29 Oktober 2009
KES NAJIS AYAM DALAM SEKETUL AYAM GORENG
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my
| |
| JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam. |
KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.
SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPORAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLEH SEBUT NAMA...
RADIX PIZZA HOUSE KINI DIBUKA
MENU RCH AKAN DATANG
KEPADA SEMUA PENGGEMAR RADIX CHICKEN HOUSE.AKAN DATANG NOVEMBER INI KAMI MENAWARKAN PELBAGAI TAMBAHAN MENU BARU DI SEMUA CAWANGAN RCH BERDEKATAN ANDA.ANDA PASTI GEMARKANNYA.
Rabu, 28 Oktober 2009
DVD KONVEK 2009
DVD KONVEK 09 AKAN DIPASARKAN
Selasa, 27 Oktober 2009
TAHNIAH KEPADA PESERTA HERBALIS!!!
Isnin, 26 Oktober 2009
Rabu, 21 Oktober 2009
PULAU TUBA MEMBAWA KEUNTUNGAN
Program Kembara ke pulau Tuba adalah sesuatu yang sangat menarik disamping melihat alam yang tidak lagi terusik dengan arus pembangunan semasa walaupun sangat berhampiran dengan Pulau langkawi. Pada asalnya saya juga tidak menyenangi penggunaan namanya “Tuba” iaitu mengambil nama sejenis pohon beracun yang banyak dipulau tersebut. Namun bagitu beberapa orang ustaz menyatakan bahawa perkataan Tuba jika di baca dengan nama “Thuuba”-kalimah arab ) bererti “menguntungkan” dan saya sangat berharap kehaziran HPA di pulau ini akan membawa keuntungan bersama.Keuntungan kepada HPA dan kepada penduduk-penduduk yang rata-ratanya masih rendah pendapatanya. Pulau yang tidak dilawati oleh pelancung ini memiliki keunikan yang tersendiri walaupun kemudahannya yang terhad. Ia perlu dibangunkan segera dengan konsep “pelancungan sihat”. Bangunan-bangunan yang kosong perlu di gunakan bagi mengaktifkan kembali aktiviti ekonomi. Apa yang penting pulau ini perlu ujud “keunikannya sendiri” bagi menjadi salah satu lagi distinasi pelancungan dinegara ini . Read more...
SISTEM SOFTWARE CAWANGAN
Assalamualaikum kepada staf-staf cawangan, kepada sesiapa yang mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan sistem software cawangan dan lain-lain lagi, sila hubungi di talian Hotline 012-4131904 dan pastikan komputer di cawangan anda mestilah ada Software Team Viewer yang telah telah di install kan untuk memudahkan sebarang urusan anda. Sekian terima kasih.
Read more...Khamis, 15 Oktober 2009
HPA HASRAT BUKA 100 CAWANGAN RFC
Rabu, 14 Oktober 2009
FORMAT BORANG PETI CADANGAN DAN BULETIN
Assalamualaikum kepada staf-staf cawangan Zon Timur. Sila ambil contoh format borang Peti Cadangan dan Buletin untuk mingguan di ruangan download files di bawah. Semua staf cawangan hendaklah print ke semua contoh-contoh format tersebut.
BUKU JAWI HERB 1 DAN 2
Sumber ini dipetik dari blog Pengarah Urusan HPA. Setiap staf cawangan sila beri perhatian berkenaan dengan harga buku tersebut.
Sewajarnya semua pengedar HPA mendapatkan buku ini sebagai panduan pengubatan herba agar jangan tersalah memberikan sesuatu terapi kepada pesakit. Jika sinergi herba ini diikuti kita akan mendapati betapa berkesanya produk HPA kepada masyarakat. Sila dapatkan buku ini di semua cawangan HPA segera dan ianya dijual tanpa nilai mata iaitu rm 10/- termasuk buku HPA Satu dekad juga dengan harga yang sama.
Buku HPA satu dekad pula menceritakan tentang jatuh bangun HPA dalam peniagaan dari tahun ketahun dalam mencapai cita-cita bersama. Kedua buku ini sangat diperlukan bagi menjadikan pengedar bermaklumat terutama ketika melakukan penajaan,perawatan maupun penerangan. Read more...Jumaat, 9 Oktober 2009
KHUSUS UNTUK WARGA HPA !!!
Mulai semalam ( Isnin - 05 Oktober 2009) sebahagian besar daripada 3 juta perokok di Negara ini terpaksa membelanjakan kira-kira RM10 bilian setahun,
Perkiraannya melalui 20 batang rokok berharga RM9.30 sekotak. Ini berkutan kenaikan cukai eksais satu sen setiap batang rokok .
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir separuh daripada lelaki dewasa adalah perokok dan setiap hari lebih kurang 45 hingga 50 remaja mula berjinak-jinak dengan tabiat ini. Apa yang mengejutkan remaja perempuan dimana bilangan mereka yang merokok bertambah 4 peratus hingga 8 peratus.
Berbagai-bagai kempen atau peraturan telah diperkenalkan namun ianya tidak mendatangkan kesan ketara dikalangan perokok lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga.
“ Bila harga semakin mahal,mereka mungkin mengurangkan merokok dari dua kotak ke sekotak sehari “ kata presiden Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA) mengikut katanya lagi kenaikan harga tidak mendatangkan kesan tegar kepada perokok selagi dapat merokok” katanya lagi.
INFO ROKOK
- Mengikut ramalan kementerian Kesihatan jumlah perokok dianggarkan 3 juta orang,angka ini akan bertambah kepada empat juta orang dalam tempoh 2015 dan lima juta orang pada tahun 2020.
- Kira-kira 90 peratus perokok adalah lelaki dengan purata menghisap 14 batang rokok sehari.
- Di Malaysia orang melayu paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60 peratus daripada keseluruhan 3 juta perokok.
- Majoriti perokok adalah golongan dewasa hanya 103,630 perokok remaja
- Jumlah perokok wanita semakin ketara dimalaysia sebanyak 2.5 peratus merokok,1.6 peratus masih merokok manakala 0.90 peratus peratus Berjaya berhenti merokok.
- Mulai 1 Jun 2009,semua kotak rokok di pasaran Malaysia mempunyai 40 peratus amaran merokok dibahagian hadapan dan 60 peratus dibahagian belakang kotak.
- Kira-kira 10,000 peratus perokok Malaysia berhenti Merokok setiap tahun, malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia.
Sumber aktikal dari akhbar KOSMA ( SELASA 6 Oktober 2009 )
Khamis, 8 Oktober 2009
BAHAYA PANADOL

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Khamis, 1 Oktober 2009
KENANGAN KURSUS PENGHAYATAN
Sila klik PLAY untuk menonton
Tempat : Dewan Sungai Petani








