"BEKERJALAH KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH SEOLAH-OLAH KAMU HIDUP SELAMA-LAMANYA DAN BERIBADAHLAH KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOK" - MAKSUD HADIS

Photobucket
KLIK DI SINI JIKA TERHENTI

RCH (Radix Chicken House) bakal dibuka di Kota Bharu :
MK3-068, Tingkat 3 Kota Bharu Trade Centre,
Jalan Buluh Kubu,
15000 Kota Bharu, Kelantan

PBC BULAN NOVEMBER 2009
7 & 8 NOVEMBER 2009 (SANCTUARY RESORT CHERATING,PAHANG)
7 & 8 NONEMBER 2009 (SEMPURNA RESORT KUANTAN,PAHANG)
6 & 7 NOVEMBER 2009 (TNB RESORT JELI, KELANTAN) 6 & 7 NOVEMBER 2009 (TRADE CENTER, KELANTAN)

Khamis, 29 Oktober 2009

KES NAJIS AYAM DALAM SEKETUL AYAM GORENG


JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.


KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.

SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPORAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLEH SEBUT NAMA...

Read more...

PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang lebih besar

Read more...

RADIX PIZZA HOUSE KINI DIBUKA

Radix Pizza House kini telah beroperasi pada tarikh 17/10/2009 di lokasi Lagenda Height Sungai Petani, Kedah

Read more...

MENU RCH AKAN DATANG

Sila KLIK gambar di atas

KEPADA SEMUA PENGGEMAR RADIX CHICKEN HOUSE.AKAN DATANG NOVEMBER INI KAMI MENAWARKAN PELBAGAI TAMBAHAN MENU BARU DI SEMUA CAWANGAN RCH BERDEKATAN ANDA.ANDA PASTI GEMARKANNYA.

Read more...

Rabu, 28 Oktober 2009

DVD KONVEK 2009


HARGA MELALUI POS : RM 20.00
HARGA BELIAN DI HQ : RM 15.00


DVD KONVEK 09 AKAN DIPASARKAN
Kepada Semua
CAWANGAN HPA & KIOS HPA
SEMUA PENGARAH JATI SETIA ( PJS )
AGEN STOK
PENGEDAR HPA
DVD KONVEK 09 DI PASARKAN MULAI SEKARANG
SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI :

TEL OFF : 04 - 977 6804 / 6805
H/P : EN.KAMAL = 013 - 480 4717
EN.HIZIR = 019 - 415 5717
CIK NORMALINA = 019 - 221 2073

BAYARAN ATAS NAMA :AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD ( BIMB )
ACC NO : 090 100 100 19387

Read more...

Selasa, 27 Oktober 2009

TAHNIAH KEPADA PESERTA HERBALIS!!!

Peserta-peserta Herbalis Muslimat dari Zon Timur
Peserta-peserta Herbalis Muslimin

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta Sijil Herbalis kerana telah berjaya menamatkan kursus mereka dengan jayanya pada tarikh 11hb-31hb Oktober 2009 bertempat di Cawangan Sungai Petani, Kedah. Diharapkan moga-moga apa yang mereka pelajari dapat mereka praktikkan ilmu yang mereka pelajari. Insya Allah.

Read more...

Isnin, 26 Oktober 2009

NANTIKAN RCH DI KOTA BHARU

Sila KLIK gambar di atas untuk melihat menu RCH

Read more...

Rabu, 21 Oktober 2009

PULAU TUBA MEMBAWA KEUNTUNGAN









Sumber ini dipetik daripada blog Pengarah Urusan

Program Kembara ke pulau Tuba adalah sesuatu yang sangat menarik disamping melihat alam yang tidak lagi terusik dengan arus pembangunan semasa walaupun sangat berhampiran dengan Pulau langkawi. Pada asalnya saya juga tidak menyenangi penggunaan namanya “Tuba” iaitu mengambil nama sejenis pohon beracun yang banyak dipulau tersebut. Namun bagitu beberapa orang ustaz menyatakan bahawa perkataan Tuba jika di baca dengan nama “Thuuba”-kalimah arab ) bererti “menguntungkan” dan saya sangat berharap kehaziran HPA di pulau ini akan membawa keuntungan bersama.Keuntungan kepada HPA dan kepada penduduk-penduduk yang rata-ratanya masih rendah pendapatanya. Pulau yang tidak dilawati oleh pelancung ini memiliki keunikan yang tersendiri walaupun kemudahannya yang terhad. Ia perlu dibangunkan segera dengan konsep “pelancungan sihat”. Bangunan-bangunan yang kosong perlu di gunakan bagi mengaktifkan kembali aktiviti ekonomi. Apa yang penting pulau ini perlu ujud “keunikannya sendiri” bagi menjadi salah satu lagi distinasi pelancungan dinegara ini .

Read more...

SISTEM SOFTWARE CAWANGAN

Assalamualaikum kepada staf-staf cawangan, kepada sesiapa yang mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan sistem software cawangan dan lain-lain lagi, sila hubungi di talian Hotline 012-4131904 dan pastikan komputer di cawangan anda mestilah ada Software Team Viewer yang telah telah di install kan untuk memudahkan sebarang urusan anda. Sekian terima kasih.

Read more...

Khamis, 15 Oktober 2009

HPA HASRAT BUKA 100 CAWANGAN RFC

Sila KLIK untuk paparan yang lebih besar

Semua cawangan dikehendaki PRINT keratan akhbar di atas dan tampalkan di cawangan masing-masing.

Read more...

Rabu, 14 Oktober 2009

FORMAT BORANG PETI CADANGAN DAN BULETIN

Assalamualaikum kepada staf-staf cawangan Zon Timur. Sila ambil contoh format borang Peti Cadangan dan Buletin untuk mingguan di ruangan download files di bawah. Semua staf cawangan hendaklah print ke semua contoh-contoh format tersebut.



Read more...

BUKU JAWI HERB 1 DAN 2

Sumber ini dipetik dari blog Pengarah Urusan HPA. Setiap staf cawangan sila beri perhatian berkenaan dengan harga buku tersebut.


Sewajarnya semua pengedar HPA mendapatkan buku ini sebagai panduan pengubatan herba agar jangan tersalah memberikan sesuatu terapi kepada pesakit. Jika sinergi herba ini diikuti kita akan mendapati betapa berkesanya produk HPA kepada masyarakat. Sila dapatkan buku ini di semua cawangan HPA segera dan ianya dijual tanpa nilai mata iaitu rm 10/- termasuk buku HPA Satu dekad juga dengan harga yang sama.

Buku HPA satu dekad pula menceritakan tentang jatuh bangun HPA dalam peniagaan dari tahun ketahun dalam mencapai cita-cita bersama. Kedua buku ini sangat diperlukan bagi menjadikan pengedar bermaklumat terutama ketika melakukan penajaan,perawatan maupun penerangan.

Read more...

Jumaat, 9 Oktober 2009

KHUSUS UNTUK WARGA HPA !!!


Bacaan ini khas buat tatapan dan renungan untuk semua warga HPA

Kira-kira 10,000 perokok Malaysia berhenti Merokok setiap tahun, malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia.

Mulai semalam ( Isnin - 05 Oktober 2009) sebahagian besar daripada 3 juta perokok di Negara ini terpaksa membelanjakan kira-kira RM10 bilian setahun,
Perkiraannya melalui 20 batang rokok berharga RM9.30 sekotak. Ini berkutan kenaikan cukai eksais satu sen setiap batang rokok .

Mengikut rekod kadar kenaikan pada tahun 1970an,harga sekotak rokok RM0.90 hingga RM1.00,naik RM1.20 dan RM1.50 pada 1980an sebelum melonjak kepada RM3.60 pada tahun 1999 dan pada tahun 2004 kenaikan RM4.50 dan kemudian pada tahun 1997 kenaikan sebanyak RM7.40

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir separuh daripada lelaki dewasa adalah perokok dan setiap hari lebih kurang 45 hingga 50 remaja mula berjinak-jinak dengan tabiat ini. Apa yang mengejutkan remaja perempuan dimana bilangan mereka yang merokok bertambah 4 peratus hingga 8 peratus.

Berbagai-bagai kempen atau peraturan telah diperkenalkan namun ianya tidak mendatangkan kesan ketara dikalangan perokok lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga.
Bila harga semakin mahal,mereka mungkin mengurangkan merokok dari dua kotak ke sekotak sehari “ kata presiden Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA) mengikut katanya lagi kenaikan harga tidak mendatangkan kesan tegar kepada perokok selagi dapat merokok” katanya lagi.

INFO ROKOK
- Mengikut ramalan kementerian Kesihatan jumlah perokok dianggarkan 3 juta orang,angka ini akan bertambah kepada empat juta orang dalam tempoh 2015 dan lima juta orang pada tahun 2020.
- Kira-kira 90 peratus perokok adalah lelaki dengan purata menghisap 14 batang rokok sehari.
- Di Malaysia orang melayu paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60 peratus daripada keseluruhan 3 juta perokok.
- Majoriti perokok adalah golongan dewasa hanya 103,630 perokok remaja
- Jumlah perokok wanita semakin ketara dimalaysia sebanyak 2.5 peratus merokok,1.6 peratus masih merokok manakala 0.90 peratus peratus Berjaya berhenti merokok.
- Mulai 1 Jun 2009,semua kotak rokok di pasaran Malaysia mempunyai 40 peratus amaran merokok dibahagian hadapan dan 60 peratus dibahagian belakang kotak.
- Kira-kira 10,000 peratus perokok Malaysia berhenti Merokok setiap tahun, malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia.


Sumber aktikal dari akhbar KOSMA ( SELASA 6 Oktober 2009 )

Read more...

Khamis, 8 Oktober 2009

BAHAYA PANADOL


JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Read more...

Khamis, 1 Oktober 2009

KENANGAN KURSUS PENGHAYATAN


Sila klik PLAY untuk menonton

Tarikh : 28,29 & 30 September 2009
Tempat : Dewan Sungai Petani

Read more...

INFO SEMASA

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717.

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Laguna Merbok



Restoran Radix Organic Recipe (ROR) Cawangan Sg Petani

Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) Cawangan Sg Petani

Restoran Radix Chicken House (RCH) Cawangan Kangar

Hotel Salahuddin Al Ayubbi di Kota Bharu (bakal dibuka)

Kilang Air Berkarbonat di Kota Bharu (bakal dibuka)

Pusat Pertenakan dan Penyembelihan Ayam Organik di Bachok (bakal dibuka)

RFC di Kubang Kerian, Kota Bharu (bakal dibuka)

KIOSK di Paya Rambai, Kota Bharu (baru dibuka)

Ahli HPA yang berbelanja di semua restoran HPA ini akan mendapat point (NM).

SIGN IN EMAIL

(e.g. latihan_promosi@yahoo.com)

[Uncheck if on a shared computer]

PESANAN

CARTA ORGANISASI TERTINGGI

ISMAIL BIN OMAR
AGM Zon Timur
013-4839727

AHMAD HUZAIMI BIN MOHD NOOR
Peg. Operasi & Audit Dalaman
019-9599717

MOHD KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
Peg. Latihan & Promosi
012-4131904

NOR FAZILLAH BINTI MOHD ARIF
Peg. Pentadbiran & Perjawatan
019-9567969

WAN RABIAH BINTI WAN HASSAN
Peg. Akaun & Belian
019-9315301

MOHD KHAIRUL ASYRAF BIN ISMAIL
Peg. Projek & Pembangunan
013-9823727

HASBI IKHWAN BIN HANAFI
Peg. Stor & Logistik
013-6265250

NUR AMIRA BINTI MOHAMED
Kerani Operasi & Audit
014-5004575

NORAINI BINTI MUHAMMAD
Pemantau Stok
017-9858972

ADUAN ONLINE

NAMA:
EMAIL :
MESEJ :

Klik Di sini

_________________
Imej

RADIO ONLINE

  © Webmaster Multimedia sila klik di sini Profil Webmaster 2009

Back to TOP