"BEKERJALAH KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH SEOLAH-OLAH KAMU HIDUP SELAMA-LAMANYA DAN BERIBADAHLAH KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOK" - MAKSUD HADIS

Photobucket
KLIK DI SINI JIKA TERHENTI

RCH (Radix Chicken House) bakal dibuka di Kota Bharu :
MK3-068, Tingkat 3 Kota Bharu Trade Centre,
Jalan Buluh Kubu,
15000 Kota Bharu, Kelantan

PBC BULAN NOVEMBER 2009
7 & 8 NOVEMBER 2009 (SANCTUARY RESORT CHERATING,PAHANG)
7 & 8 NONEMBER 2009 (SEMPURNA RESORT KUANTAN,PAHANG)
6 & 7 NOVEMBER 2009 (TNB RESORT JELI, KELANTAN) 6 & 7 NOVEMBER 2009 (TRADE CENTER, KELANTAN)

Rabu, 26 Ogos 2009

KOPI RADIX TELAH BEROPERASI DI MEKAH

Encik Hafiz (kanan) tersenyum lebar sambil memperkenalkan iklan Kopi Radix
Papan tanda Kopi Radix berserta tulisan Arab di bawahnya

Pintu masuk ke Safwah Tower dari Gate 1 Masjidil Haraam. De'Saji Restoren berada di tingkat 2

Kopi Radix sudah mula dipasarkan di Makkah di De Saji Restoren di Safwah Tower Makkah yang bersebelahan Zamzam Tower. Tinjauan sebentar tadi mendapati Kopi Radix mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah. Diharap supaya maklumat ini dapat disebarkan kepada ahli yang bercadang dan bakal mengerjakan umrah.

Sumber : bizdevhpa.blogspot.com

Read more...

Ahad, 23 Ogos 2009

PELANCARAN KAD VIP DAN KIOSK

Pelancaran dan Perasmian Kad VIP dan Kiosk
Kiosk Hotel De Palma

TARIKH: 20HB OGOS 2009
JAM: 2.00PM HINGGA 7.00 PM
LOKSAI: DE PALMA HOTEL AMPANG

Majlis PELANCARAN KAD VIP HPA dan PERASMIAN KIOSK HPA di HOTEL DE PALMA AMPANG pada 20hb OGOS, 2009; telah bermula seawal jam 2.30 petang dengan dihadiri oleh pemimpin HPA Lembah Kelang dan juga Pemimpin dari Zon Selatan, Perak dan Zon Utara.

Dalam sessi tengahari, majlis dimulakan dengan ucapan dari PJS Hafidzan selaku Presiden KPA. Beliau menegaskan bahawa perlu adanya kerjasama dikalangan pemimpin terutamanya PJS-PJS untuk mendedahkan tentang MLM berasaskan syariah ini dengan lebih meluas lagi.

Dengan adanya perancangan pihak pengurusan HPA untuk mewujudkan HPA City di Shah Alam; maka kesatuan hati dan fikir perlu digembelingkan agar cabaran yang semakin meningkat dapat di atasi bersama dengan lebih mudah. Dengan adanya kesepakatan; kelemahan pada satu pihak dapat ditampung oleh kelebihan pada pemimpin yang lain.

Sementara itu, GM Faisol telah menegaskan betapa pentingnya setiap PJS, Agen Stok dan Pengedar mematuhi akan etika MLM Syariah yang telah digariskan oleh Panel Syariah HPA agar apa yang disampaikan dalam PBC tentang "Islamik"nya HPA sama dengan perlakuan setiap hari pengedar-pengedar.

PBC yang diadakan di setiap pelusuk negara hendaklah dibuat mengikut satu "standard" agar dapat melahirkan generasi pengedar yang berhemah tinggi yang sanggup mempertahankan syarikat dalam apa jua keadaan.

Disepanjang program dijalankan, pihak pengurusan juga tidak ketinggalan membuka gerai KoWAHIDA dan juga gerai jualan produk-produk HPA,buku-buku ilmiah dari HPA Islamik Book store dan produk slm.Gerai tersebut memberi peluang kepada ahli-ahli HPA untuk mendapatkan barangan serta maklumat terkini mengenai HPA.

Sumber : Training & Multimedia

Read more...

Sabtu, 22 Ogos 2009

PILIHAN ANDA

Doa Pelindung A/H1N1 !!! sila download disini...
Taklimat ITHPA & Peluang Kerjaya !!! Baca selanjutnya...
Expo Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kedah !!! Baca selanjutnya...
HPA MASUK TV9 ACARA KOPI TARIK !!! Baca selanjutnya...
List Pengarah Jati !!! Baca selanjutnya...
Muka baru Koperasi !!! Baca selanjutnya...
Produk terbaru dari MIS !!! Baca selanjutnya...
Kenyataan Resmi Mengenai Hpa di Indonesia !!! Baca selanjutnya...
Mari banteras Kopi Master Radix habis-habisan !!! Baca selanjutnya...
RFC Bandar Laguna Merbok sudah beroperasi !!! Baca selanjutnya...
Isu Money Game !!! Baca selanjutnya...

Read more...

HPA CITY AKAN BEROPERSI DI SHAH ALAM



HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.

Sumber : harian metro

Read more...

Jumaat, 21 Ogos 2009

CD NASYID HPA

Kepada semua cawangan,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah mula mengedar produk berikut :

Perkara : CD "TAKWA NAZAM HPA"
Harga : RM 10.00

Wang jualan CD tersebut hendaklah di bank in ke akaun Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad iaitu :

BIMB : 02020010052950

Maklumat pembayarannya perlu dimaklumkan dan difaks ke HQ seperti biasa manakala stok produk tersebut perlu dimasukkan dalam Laporan Stok Fizikal SLM (Unit Kit Niaga)

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah diharap-harapkan bagi melancarkan lagi proses pengurusan di Jabatan Audit Dalaman.

Sekian terima kasih.

Read more...

Khamis, 20 Ogos 2009

LAPORAN AGEN STOK

MEMO

Kepada :

Stokis
Pengurus Stokis Daerah
Pusat Jualan
Pusat Agensi
Semua Cawangan AWM

Tuan/Puan,

Laporan Agen Stok

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk mempercepatkan pemprosesan bonus bagi bulan Ogos 2009 pihak syarikat telah menetapkan tarikh akhir bagi penghantaran Laporan Agen Stok ialah selewat-lewatnya pada 5hb. Ini adalah supaya bonus dapat diproses sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

3. Jika pihak syarikat mendapati tuan/puan lewat menghantar Laporan Agen Stok, maka pihak syarikat akan memotong bonus jualan stok tuan/puan (seperti surat bertarikh 25hb April 2009)

4. Namun sekiranya masih terdapat ramai Agen Stok yang menghantar laporan lebih dari tarikh yang ditetapkan, kemungkinan besar bonus akan dikeluarkan selepas Hari Raya Aidil Fitri.

5. Pihak syarikat amat berharap agar tuan/puan dapat memberi kerjasama yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Memo ini dikeluarkan oleh GM Al Wahida HPA


Read more...

Rabu, 19 Ogos 2009

IKLAN RADIX KOKO TV9



Sila klik video di atas untuk PLAY

Jangan lupa melihat Iklan Bergerak HPA yang terbaru di TV9 pada 19 Ogos 2009 ini diantara Rancangan Mutiara Hati :-Aqso dan Madinah pada jam 5.30 -6.30 petang.Iklan ini akan ditayangkan selama 40 kali sehingga selepas Bulan Ramadhan ini.Insya Allah.

Read more...

Selasa, 18 Ogos 2009

NAZAM HPA

Read more...

Isnin, 17 Ogos 2009

BOIKOT PRODUK ISRAEL


Sekadar Renungan Bersama

ADUAN WEBMEL PPIM
TARIKH: 15 JANUARI 2009
TAJUK : BOIKOT COKE

Terikut dengan cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pada hari ini satu kempen memboikot restoran dan barangan buatan Amerika Syarikat dilancarkan.

Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa, lebih 2,600 restoran Islam di Malaysia tidak akan menjual dan atau menghidang minuman Coca Cola sebagai tanda bantahan kepada Amerika Syarikat.

Saya hari ini mengambil keputusan untuk memboikot restoran yang memboikot atau enggan menjual Coca Cola, bukan kerana saya menyokong apa yang dibuat oleh Israel di Gaza kerana bersolidariti dengan pekerja-pekerja syarikat F&N Coca Cola Sdn Bhd dan lain-lain perniagaan yang berasal dari Amerika Syarikat yang menggajikan orang Melayu.

Mengikut laman web F&N Coca Cola Sdn Bhd, terdapat hampir 1,400 pekerja bekerja dengan syarikat F&N Coca Cola Sdn Bhd. Siapakah agaknya pekerja majoriti di syarikat tersebut? Melayu atau Bangla?.

Saya harap saudara pembaca tidak akan terburu-buru mengikut dan menyokong kempen memboikot Coca Cola dan lain-lain barang buatan Amerika Syarikat, tetapi renung sejenak bahawa yang akan mendapat tempias daripada kempen boikot adalah orang Melayu sendiri.

Cuba anda pergi ke Mc Donald. Siapakah majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.
Cuba anda pergi ke Pizza Hut. Siapakah majoriti pekerja di sana? Jawapan : MELAYU.
Cuba pergi ke Burger King. Siapa majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.
Pergi ke Starbuck. Siapa majoriti pekerja di sana? Jawapan : MELAYU.
Pergi ke KFC. Siapakah majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.

Apa yang saya ingin katakan disini ialah walaupun pada asasnya restoran-restoran ini sememangnya dari Amerika Syarikat tetapi pada hakikatnya kesemua restoran-restoran ini dimiliki oleh francais tempatan dan malahan ramai diantara pemegang francais adalah orang Melayu ataupun syarikat Bumiputera. Sebagai contoh KFC dan Pizza Hut di Malaysia dan Singapura dimiliki anak syarikat Johor Corporation. Sebagai anak Johor, takkanlah saya hendak melihat sebuah syarikat Johor terjejas perniagaannya.

Jadi sekiranya saya seorang India dan Kristian prihatin, mengapakah yang lain begitu bersedia dan mengajak orang ramai mengambil tindakan untuk menjejaskan perniagaan dimana majoriti pekerjanya adalah orang Melayu ataupun diusahakan oleh orang ataupun syarikat Melayu.

Kalau nak tunjuk belang, pandai-pandailah sedikit. Ini ibarat nyamuk, kelambu dibakar.

Tak ada cara lain ke nak tunjuk bantahan terhadap Amerika Syarikat.

Pernahkah mereka yang memulakan kempen memulaukan barangan dan restoran-restoran berasal dari Amerika Syarikat fikir apa yang akan terjadi jika perniagaan restoran-restoran ini merundum. Ada kemungkinan, pekerja-pekerja restoran ini akan diberhentikan ataupun dikurangkan waktu kerja mereka. Dalam keadaan sedemikian siapa yang susah. Keluarga pekerja ataupun penganjur kempen boikot?

Tidakkah, tuanpunya restoran takut bahawa mungkin ada orang yang akan sengaja memulau restoran Islam yang enggan menjual Coca Cola dan pergi ke restoran India atau Cina sebagai tanda protes mereka. Perlu ingat, bukan semua yang setuju dengan apa yang dibuat oleh Hamas. Lihat bagaimana kerajaan negara-negara Arab kecuali Iran yang membisu dan nyata tidak mahu menolong mahupun menyokong Hamas.

Mengapakah mereka yang melancarkan kempen boikot barangan Amerika Syarikat ataupun Coca Cola tidak memulakan boikot terhadap barangan keluaran Mesir dan Jordan. Tidakkah kedua-dua negara ini mempunyai pertalian diplomatik dengan Israel. Mengapa tidak lancarkan kempen boikot melancong ke Mesir ataupun Jordan.

Kesimpulannya ialah pendekatan memulau Coca Cola bukan satu strategi yang arif lebih-lebih lagi apabila yang berkemungkinan mendapat tempias ialah pekerja dan pengusaha Melayu.

(Diambil dari normanfernandez.blogspot.com)

Di sini saya ingin bertanya,saya salah seorang dari pekerja dari syrikat F&n coca cola (M)..yg membuat air coca cola yg di boikot oleh PPIM ini..masalahnya.
1) Haruskah saya dan kawan2 saya yg berugama islam berhenti kerja.
2)kalau jawapannya YA..siapakah yg akan menanggung keluarga kami,sekiranya kami berhenti kerja.
3)Haramkah gaji kami ini?
4)kalau jawapan nya Ya...kalau tak silap saya ada lebih 1400 org pekerja Islam yg bekerja di syarikat ini...ada yg bekerja lebih dari 30 tahun,maknanya kalau gaji kami haram...Fikirla sendiri.
Dan saya tidak menyokong apa yg israel buat kat Gaza!!!

JAWAPAN 1

SALAM....

Tahniah diucapkan kepada saudara yang mengambil keputusan memboikot restoran yang enggan menjual coca-cola kerana ingin bersolidariti dengan syarikat AS yang menggajikan orang-orang MELAYU.

Cuma saya ingin bertanya kepada saudara – agak-agaknya jumlah gaji 1,400 orang MELAYU yang dibayar oleh Coke itu adakah dapat mencecah jumlah gaji 10 orang ahli korporat mereka, atau katalah 5 % daripada keseluruhan dana yang berpindah ke Negara mereka?

Dan, daripada jutaan ribu dana itu, berapa peratus pula yang dikirim ke Israel untuk membantu membunuh umat seagama kita ? Sebenarnya ini bukan persoalan kehidupan sahaja. Bukan persoalan anak isteri dapat makan esok hari. Ia lebih dari itu. Ia melibatkan samada kita benar-benar merasa bahawa Islam itu perlu dibela atau tidak.

Islam dan Ummah yang diperlekehkan dan dihina. Samada kita dapat merasakan kesedihan, kemarahan dan dan kebencian sepertimana yang dirasa oleh saudara-saudara kita di Plaestine. KEBETULAN orang-orang MELAYU yang bekerja di F&N Coca Cola Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada sumber tenaga mereka.

BUKAN di sana sahaja yang ada peluang bekerja… Kalau dibuat statistik, berapa puluhan ribu pula ORANG MELAYU yang diambil bekerja oleh pengusaha kilang JEPUN, KOREA, PERANCIS, JERMAN dan LAIN-LAIN Negara yang tidak bersekongkol dengan Negara Sombong dan Angkuh yang DILAKNAT OLEH ALLAH itu !! Kebetulan, mungkin daripada beribu-ribu perniagaan francais dari AS itu, saudara kata ”ramai” yakni, adakah sampai 2% dipegang oleh orang MELAYU?. Mungkin perniagaan ini dimiliki oleh dua tiga kerat yang elit-elit tu.

Tetapi ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya kedudukan ekonomi orang-orang MELAYU pada keseluruhannya. Oleh yang demikian, alangkah eloknya jika syarikat-syarikat ’kita’ itu memiliki francais kita sendiri untuk membela nasib kaum Bumi/Islam dan tidak berkiblatkan AS yang membela Zionis.

Kenapa orang Islam TIDAK MAMPU berniaga seperti BURGER KING, MC DONALD, PIZZA HUT dengan berpandukan FRANCAIS keIslaman ? Kenapa mesti berpandukan Francais Amerika Syarikat atau Kaum Zionis juga? Ini menunjukkan, umat Islam LEMAH se LEMAHNYA...

Sebab kita TIDAK BERSATU di dalam apa-apa tindakan yang dianjurkan – baikpun di negara-negara Arab, maupun di mana saja. Tidakkah kita TAHU, bahawa orang-orang bukan Islam, sudah L-A-A-M-A tidak membeli daripada perniagaan orang Islam ? Bukankah itu nyata-nyata satu tindakan memboikot?

Cuma orang-orang Islam sahaja yang rata-rata tidak peduli, malahan suka dan seronok membeli daripada perniagaan peniaga bukan Islam. Cuba fikirkan, kenapa peniaga Islam yang tulen tidak dapat naik dan maju ? Jawapannya kerana orang bukan Islam tidak akan memberi kerjasama dalam bentuk apa jua sekali pun, sepertimana mereka memberi dan bertolak ansur kepada sesama mereka...

Dan, yang lebih sedih, kerana orang Islam sendiri tidak menyokong. Tindakan memboikot ini sebenarnya BUKAN hanya bertujuan untuk menggugat sedikit sebanyak ekonomi musuh Islam, tetapi YANG PENTING ialah untuk menunjukkan BANTAHAN terhadap kebencian kita sebagai Umat yang sedang diperlakukan dengan sewenang-wenangnya seolah-olah nyawa umat Islam tidak ada harga walau satu sen !!

Apakah yang mampu kita, sesama umat ini, melakukan selain daripada menunjukkan rasa kebencian ini ? Agaknya bolehkah KERAJAAN kita sebagai Negara majoriti Islam, mengambil tindakan untuk memberhentikan hubungan diplomatik dengan mereka ? Saudara bertanya tidak ada cara lain ke !!

Kami sedia mendengar jika ada cara yang lebih baik dan lebih pandai ! Bukankah sepatutnya kita, dengan saudara seagama, diibaratkan satu tubuh..? Bukankah sesuatu perbuatan kejam itu hendaknya dihalang dengan apa jua kekuatan yang termampu? Patutkah kita berdiam diri sehingga perkara itu terjadi kepada anak isteri atau diri kita sendiri ??

Bukan hendak menunjuk belang. Kerana tidak ada ’belang’ lah maka kita anjurkan cara yang terkebawah. Tetapi, untuk berjaya, ia MEMERLUKAN WADAH DAN SUARA, SERTA TINDAKAN YANG BERSATU.

Perlu diingatkan bahawa merundumnya perniagaan dan ekonomi dunia sekarang, BUKAN kerana tindakan boikot kita! Ia telah bermula awal-awal lagi sebelum Israel menyerang Palestine. Jadi jika pemberhentian pekerja-pekerja itu terjadi, ia BUKAN digerakkan oleh tindakan boikot kita!

Sebagai bukti, tindakan memboikot itu BUKAN semua orang setuju. Termasuklah saudara ! Yang perlu diingatkan lagi ialah – setiap sesuatu yang berlaku itu BUKAN kerana tindakan kita secara terus, tetapi kerana KEHENDAK ALLAH.

Ramai manusia yang sejahtera sewaktu dunia gamat. Ramai juga yang gamat sewaktu dunia aman dan makmur. Pokok pangkalnya, di dalam hidup ini, samada kita ingin dan telah BERUSAHA untuk mencari keberkatan dan keredhoan Allah atau tidak.

Kita berusaha, dan kita berpendapat, jika Allah bertanya, apa yang telah kita lakukan sewaktu melihat dan mengetahui saudara-saudara kita, wanita, dan anak-anak kecil penyambung zuriat, di bedil dengan kejam, sekurang-kurangnya kita telah berusaha apa yang termampu, sebagai sedhaif-daif iman.

Kita tidak pun berkejar kesana dengan melaung jihad fisabilillah; kita tidak dapat mengirim wang sebanyak AS mengirim kepada Israel; kita tidak dapat mengirim sebilah senjata pun untuk mereka mempertahankan hak dan maruah mereka, yakni hak dan maruah kita juga. Mungkin kita boleh mengatakan YA ALLAH, kami tidak berdaya.

Namun kami menunjukkan kebencian kami kepada kaum YAHUDI dan NASRANI yang bersekongkol, dengan memboikot barangan mereka. Mereka memegang tampok ekonomi dunia. Namun segala kekuasan adalah di TanganMu. Wallahua’lam.

JAWAPAN 2

Islam ajaran syumul. meliputi aqidah, ibadah, ukhwah, akhlak, amar makruf nahi mungkar, iktisad, masyarakat, tarbiah, siasah, jihad, daulah dan sebagainya. Tidak berlaku kesempurnaan Islam jika tidak dilaksanakan seseluruhannya.Kesemua itu merupakan perintah Tuhan yang sama (Allah).

Tidaklah terlaksana kehambaan itu semata-mata dengan sembahyang atau puasa sahaja. Perintah Allah yang meliputi segenap bidang kehidupan itu terlalu banyak, dan semua itu menjadi ujian kepada hamba-hamba Nya yang beriman.

Lulus atau gagalnya seseorang hamba itu akan menentukan ganjaran buat nya di akhirat nanti, dan ganjaran itu, jika baik, bukanlah bandingan sekadar secawan kopi di kedai mamak, atau pun sebuah Proton Saga, manakala jika buruk pula bukan lah sekadar berlapar sehari atau dipenjarakan di penjara selesa di dunia ini, tetapi sebaliknya merupakan balasan yang tidak mampu dibayangkan oleh akal fikiran manusia.

Orang yang benar-benar beriman dan mengerti tentang hakikat tujuan hidup di dunia dan ganjaran di kehidupan akhirat akan sanggup mengorbankan keselesaan hidup didunia, semata-mata untuk mendapatkan keselamatan diakhirat. Islam tidak akan sampai kepada kita jika para pendakwah tidak sanggup meninggalkan keselesaan hidup menetap di negara sendiri.

Mereka mengharung lautan, menepuh kesusahan, meninggalkan anak isteri dan perniagaan, semata-mata kerana menunaikan perintah Allah. Apa pendapat kita, jika sewaktu Allah memerintahkan berhijrah kepada para sahabat, jika mereka enggan, tetapi sebaliknya mengutarakan soalan-soalan seperti:

"bagaimana dengan makan minum, kebun kurma dan perniagaan kami di mekah, tanah tumpah darah dan gelanggang rezeki kami? kami tak mahu ikut lah, malah kami akan buat gerakan anti hijrah, kerana hijrah ini menggugat kepentingan kami."

Jika menilai dari segi tuntutan Islam (perintah Allah yang diwajibkan), sepatutnya kita umat Islam pergi beramai-ramai bersama-sama berjihad (berperang menggadaikan nyawa) menunaikan tanggungjawab membebaskan Masjid Al-Aqsa dan membela nasib umat Islam di sana yang dijajah, dihina dan diseksa, dibunuh dan dinafikan hak dan maruah serta keperluan untuk hidup.

Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab orang beriman bukan sekadar cari makan untuk hidup, seperti hal nya dengan haiwan. Orang kafir Amerika pun tahu nak membantu sekutunya Israil. Merera juga ada rasa 'persekongkolan' sesama mereka. Apakah kita tiada rasa terpanggil untuk membantu saudara-saudara kita sedangkan itu adalah sebahagian daripada perintah Allah (jika kita merasakan redha Allah itu ada harga dan kita mengharapkan nya)?

Bagaimana keadaan saudara jika peribadi saudara sendiri mengalami penderitaan seperti di Palestin? Katakanlah pemilik kilang Coca-cola dimana saudara bekerja itu, membunuh anak dan isteri saudara. Adakah saudara akan terus bekerja di kilang itu? Terpisahkah di antara persoalan pekerjaan dengan pembelaan dan maruah?

Sememangnya setiap tindakan secara mesyarakat itu akan menjejaskan sebahagian anggota, namun anggota itu tidak sepatutnya berusaha untuk menggagalkannya. kita sepatutnya bertindak diatas semangat dan kepentingan ummah. Baru ada solidarity, baru ummah ini kuat dan dihormati. Kalau tidak, nanti apabila Israil atau Singapura serang Malaysia, Indonesia pun tak sanggup walau nak susah sedikit bagi membantu kita.

Padanlah dengan kita yang tidak sanggup walaupun hanya sekadar diminta tolong boikot. Kita kena faham bahawa peperangan memerlukan wang. Wang itu mereka perolehi daripada perniagaan.

Patutkah kita menyokong perniagaan yang membiayai pembelian bom, yang akan digunakan untuk memusnahkan kehidupan orang Islam? Islam suruh cari rezeki yang halal dan baik .

Bukan sekadar cari makan. Kalau sekadar cari makan saja. Kilang arak pun menampung ramai pekerja. Institusi kewangan riba (interest) lagi banyak menampung pekerjaan.Ini (mencari yang halal) perintah Allah, dan kita kena ingat yang rezeki juga milik Allah. Begitu juga syurga dan neraka.

Coke bukanlan makanan yang baik- mengandungi berbagai bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Kehalalannya diragui. Mengandungi alkohol yang sengaja dicampurkan kedalam nya. Kalau yang di fast food sehingga 3 peratus alkohol.

Pemiliknya Yahudi yang memusuhi Islam. Jika saudara berada didalam keadaan dharurat, daging babi pun boleh dimakan, tetapi, jika kita didalam keadaan yang boleh berusaha dan berikhtiar, carilah yang lebih baik daripada itu, dan, kepayahan saudara berikhtiar itu bukan percuma. Semuanya diberi ganjaran oleh Allah.

Dan ingatlah , Allah Maha Pemberi Rezeki.

Read more...

Jumaat, 14 Ogos 2009

IBADAT HAJI

Ibadat haji dan umrah merupakan satu amalan yang mesti dilakukan oleh setiap Muslim mukalaf yang berkemampuan, sekali dalam seumur hidupnya.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Imran: 97 yang bermaksud: Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) daripada sekalian makhluk. Sementara dalam surah al-Baqarah ayat 196 turut menjelaskan yang bermaksud: Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah...

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa amalan haji dan umrah adalah diwajibkan kepada mereka yang mampu dan cukup syarat-syaratnya. Rezeki yang diberi oleh Allah selalu digunakan untuk keperluan seperti makan, minum dan sebagainya. Elok benar sekiranya rezeki yang melebihi keperluan harian disimpan dan diguna untuk beribadat kepada Allah. Oleh itu, sewajarnya mereka yang diberi rezeki yang lebih oleh Allah untuk menunaikan haji dan umrah.

Ali r.a. berkata Rasulullah bersabda : "Barang siapa ada bekalan dan cukup perbelanjaan untuk menunaikan fardu haji tetapi ia tidak menunaikan fardu haji, maka tidak ada beza baginya mati sebagai Yahudi ataupun Kristian."

Rukun haji dan umrah

Rukun haji atau umrah adalah satu pekerjaan yang mesti dilakukan oleh mereka yang melaksanakan haji atau umrah. Jika tidak ditunaikan, sama ada sengaja atau tidak, maka tidak sah haji atau umrahnya.

Dengan itu, setiap jemaah perlu mempelajari amalan-amalan haji dan umrah dengan sebaik-baiknya. Diingatkan juga para jemaah tidak boleh mengambil mudah perkara ini kerana ia adalah kesempurnaan haji atau umrah.

Jika jemaah tidak laksana rukun-rukun itu atau laksana tetapi tidak sempurna mengikut syarat-syaratnya, maka tidak sah haji atau umrahnya.

Harapan kita untuk laksanakan haji atau umrah bagi dapat pahala, tetapi bukan pahala yang dapat, sebaliknya bala. Sebabnya, kerana tidak laksanakan amalan-amalan rukunnya dengan sempurna. Keadaan ini selalu berlaku kerana kita tidak mahu belajar dan mengambil mudah. Malah ada setengah di kalangan kita menganggap ia seperti pergi melancong ke tempat-tempat bersejarah yang lain.

Salah satu perbezaan amalan haji dan umrah dengan amalan-amalan lain dari segi perlaksaannya, apabila bermula maka ia mestilah diselesaikan amalan-amalan sehingga tahallul jika tidak akan dikenakan dam. Begitu juga berpindah daripada rukun ke rukun lain melainkan telah selesai dan sempurna rukun yang sebelumnya.

RUKUN HAJI

1. Niat ihram haji, 2. Wukuf, 3. Tawaf, 4. Saie, 5. Bergunting/bercukur dan 6. Tertib pada kebanyakan rukun

RUKUN UMRAH

1. Niat ihram umrah, 2. Tawaf, 3. Saie, 4. Bergunting/bercukur dan 5. Tertib

1. Rukun pertama haji dan umrah

l Niat ihram haji

"Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah SWT"

l Niat ihram umrah

"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah SWT"

Dengan niat ihram, maka diharamkan ke atas mereka melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam masa ihram. Oleh itu, sebelum mereka berniat ihram disunatkan mereka melakukan perkara-perkara seperti berikut: i. Mengerat kuku, ii. Mendandan misai dan rambut, iii. Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya. iv. Mandi sunat ihram dengan niat "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah SWT", v. Mengambil wuduk, vi. Memakai minyak rambut, vii. Memakai kain ihram warna putih, viii. Mendirikan solat sunat ihram

Setelah itu bolehlah berniat ihram serta bertalbiah. Bagi wanita haid dan nifas dibolehkan berniat ihram. Ihram haji atau umrah, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah r.ha tentang haid. "Engkau buatlah apa sahaja yang dilakukan orang yang mengerjakan haji kecuali tawaf."

2. Rukun kedua haji (tiada pada umrah)

Wuquf di Arafah

Arafah adalah satu padang yang terletak di Wadi Wuranah sebelah Muzdalifah dan dikelilingi bukit pasir yang menghala ke Taif. Jemaah haji perlu berada di sini walaupun seketika dalam sebarang keadaan seperti duduk, berbaring atau tidur bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) 10 Zulhijjah.

Oleh itu, syarat sah berwuquf, jemaah telah berniat dengan niat haji, jemaah berkeadaan seorang yang layak menunaikan ibadat (tidak gila, pengesan, mabuk dan hilang akal sepanjang masa wuquf) dan jemaah perlu berada di situ walaupun seketika. (dalam waktu wuquf).

3. Rukun ketiga bagi haji dan kedua bagi umrah.

Tawaf haji dan tawaf umrah

Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya seperti berikut: i. Berwuduk (suci daripada hadas besar dan kecil), ii. Menutup aurat, iii. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis, iv. Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad, v. Menjadikan kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan, vi. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan, vii. Tetap niat tawaf sepanjang masa tawaf, viii. Cukup tujuh pusingan dengan yakin.

Dalam isu batal wuduk semasa mengerjakan tawaf, maslahat jemaah haji dijamin, masyaqquh dan haraj mereka seperti kesesakan di tempat tawaf yang boleh menyebabkan berlaku persentuhan lelaki dan perempuan, ia dapat dihindarkan dengan beralih daripada pendapat Syafie yang masyhur dan berpegang kepada pendapat marjuh dalam Mazhab Syafie.

Jemaah haji boleh menggunakan pendapat yang menyatakan tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat. (Muzakarah Haji Kali 21. 5-7 Jun 2005)

Niat untuk tawaf haji atau umrah, tidak perlu niat kerana niat tawaf telah termasuk dalam niat ihram haji atau umrah. Jika jemaah hendak niat juga, tidak mengapa. Niat tawaf lain seperti tawaf qudum (selamat datang), tawaf sunat, tawaf wada (selamat tinggal), tawaf nazar, tawaf tahyatubait perlu kepada niat. Niat itu sebelum daripada memulakan tawaf.

4. Rukun keempat bagi haji dan ketiga bagi umrah

Saie

Saie yang diertikan ialah berulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat sah. Syarat sah saie ialah; (1) Dilakukan selepas tawaf rukun atau tawaf qudum, (2) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah, (3) Cukup tujuh kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa, (4) Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Safa dan di Marwah, (5) Hendaklah saie di Battnuwadi (iaitu kawasan yang telah ditetapkan oleh syarak untuk saie), (6) Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan saie.

Dalam Muzakarah Haji Ke-25 telah menetapkan bahawa sah mengerjakan saie di tempat saie yang telah diperbesarkan. Pelebaran itu telah dilaksanakan pada musim haji 1429H.

6. Rukun kelima bagi haji dan keempat bagi umrah

Bergunting/bercukur

Bergunting atau bercukur membawa pengertian ialah menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya; i. Telah masuk waktu

(Bergunting/ bercukur untuk haji bermula tengah malam 10 Zulhijjah)

(waktu bergunting/bercukur umrah ialah setelah selesai saie umrah), ii. Rambut di kepala, iii. Tidak kurang daripada tiga helai rambut.

Ibadat haji ada dua Tahallul iaitu Tahallul Awal dan Tahallul Thani. Tahallul Awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua daripada tiga perkara berikut: i. Melontar jamrah kubra (10 Zulhijjah) masa melontar bermula tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah, ii. Bergunting/bercukur , iii. Tawaf rukun dan saie rukun.

Tahallul Thani dikira selesai apabila jemaah melakukan ketiga-tiga perkara tersebut. Dengan itu dapatlah kita fahami bahawa bertahallul itu, terhasil bukan saja dengan bergunting/bercukur rambut. Begitu juga boleh bergunting rambut orang lain sebelum ia menggunting rambutnya.

Cuma afdalnya ia bergunting atau bercukur bagi dirinya terlebih dahulu sebelum ia mencukur/mengguntin g orang lain. Sah juga ia mencabut rambut di kepala tanpa berguting. Boleh gunting rambut di mana-mana bahagian rambut tidak semestinya di pangkal rambut.

6. Rukun keenam bagi haji (tertib pada kebanyakan rukun) rukun kelima bagi umrah (Tertib)

Haji - Tertib Pada Kebanyakan Rukun

Rukun haji dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun iaitu didahulukan niat ihram dan rukun-rukun yang lain didahulukan wukuf dari tawaf ifadah dan didahulukan tawaf dari saie. Saie haji boleh mendahului wukuf dengan syarat telah melakukan Tawaf Qudum, begitu juga bercukur/bergunting boleh mendahului tawaf jika telah masuk waktunya.

Umrah - Tertib

Melaksanakan rukun umrah satu persatu iaitu yang dahulu didahulukan.

Read more...

Khamis, 13 Ogos 2009

SENARAI NAMA DAN HARGA PRODUK BARU

Sila KLIK untuk paparan yang jelas

Read more...

Rabu, 12 Ogos 2009

PENDAFTARAN SIJIL HERBALIS 17 2009





Tarikh : 11 Oktober - 31 Oktober 2009
Yuran : RM2500.00
Tempat : Bandar HPA Sungai Petani
Buat Bayaran Sekarang
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama : Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
No A/C: 02020010052950
Fax : +6 04-4419254
No Tel : 04-4419094 / 019-6330727
No Faks : 04-4419254


CEPAT!!! DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLEPAS.

"KE ARAH MEREALISASIKAN PERUBATAN JAWI"

Borang : http://hpa.com.my/ithpa/herbalis17.doc

Sila dapatkan borang dengan klik link di atas borang di atas.

Read more...

Selasa, 11 Ogos 2009

BORANG KEMASUKAN ITHPA

Borang 5
Borang 4
Borang 3
Borang 2
Borang 1

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar



Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon dan mendaftar ITHPA, sila dapatkan borang tersebut dengan mengklik gambarajah di atas seperti yang dilampirkan dengan mengikut turutan borang yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Operasi di talian Pentadbiran 09-9602661.

Read more...

Sabtu, 8 Ogos 2009

PRODUK BARU HPA

Sabun Anti Resdung dan Spirudetox

Deudron ( Radix Men,Centella Women,Centella Mild )

Read more...

RADIX KOKO


Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Radix Koko

RADIX KOKO

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

RADIX KOKO

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!

Kilang di 3 buah negeri

Satu kejutan, graf jualan koko radix menunjukan prestasi awal menyamai pasaran kopi Radix. Allahuakbar 3x.

Koko radix mula diperkenalkan dipasaran sudah hampir sebulan dan pemintaannya sangat tinggi setanding dengan Kopi Radix. HPA Industri terpaksa bekerja 2 shif bagi memenuhi cawangan yang masih kosong. Bagi menyiapkan jumlah stok yang mencukupi HPA terpaksa mengambil masa sebulan lagi kerana kita memerlukan stok minimum sebanyak rm5 juta.

Saya yakin para pengedar boleh bersabar seperti mereka sabar menanti pembukaan 7 cawangan RFC dalam masa yang terdekat. Kesabaran yang menjadi inti perjuangan HPA kini meletakan syarikat MLM 100% bumi ini di puncak kejayaan. Kita bukan peniagaan roti segera tetapi kita berniaga dengan penuh waspada. Kegawatan ekonomi yang kian rancak diperkatakan orang menjadi medan adu kekukuhan organisasi HPA bermula dari seluruh warga kerja sampailah kepada para pengedar yang terkenal dengan kesetiaannya.

HPA akan membuka kilang tambahan Radix (kopi dan koko) di Pengkalan Cepa, Ipoh dan Kluang. Doakanlah perniagaan kita sentiasa di bawah peliharaan Allah. Amin.

Read more...

PENYAKIT INFLUENZA A (H1N1)


Dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

Demam

Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. Kapsul IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. EQ minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:

1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu Coscinium - 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.

Read more...

Khamis, 6 Ogos 2009

RADIX BAKERY HOUSE KINI DIBUKA



Radix Bakery House HPA yg terletak bersebelahan dengan Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya semalam selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Ahmad.Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yang dijamin HALAL. Disamping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Diantara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza, cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain. Diantara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai kek nya sendiri ialah untuk menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual dipasaran sekarang menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.

Penggunaan jeli dan gelatin juga keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor-faktornya. Alhamdullillah,keju yang digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yang dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian semalam.

Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alcohol untuk membuatkan kek tersebut menjadi gebu dan besar. Semua masalah ini insyaallah HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.

Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan disetiap daerah-daerah di seluruh Malaysia.




Read more...

Isnin, 3 Ogos 2009

KEMERIAHAN PADA HARI KE 2


Sila klik PLAY untuk menonton

Video di atas adalah rakaman pada hari kedua iaitu pada tarikh 2/8/2009 sekitar dari pukul 2.00 petang hingga pada pukul 7.00 malam. Alhamdulillah pada hari kedua ini, jualan bertambah meningkat berbanding kelmarin dengan adanya ramai pelanggan-pelanggan berbanding kelmarin. Insya Allah pada keesokan harinya ada perasmian "Konvokesyen" di dewan INSANIAH dapatlah meningkatkan jualan lagi.

Read more...

SUASANA JUALAN KETIKA DI KUIN


Sila klik PLAY untuk menonton

Alhamdulillah syukur pada Allah Taala, kerana diberi kemudahan oleh-Nya walaupun keadaan hujan agak lebat pada petang kelmarin tidak mematahkan semangat pihak HPA Training untuk terus membuat jualan produk-produk HPA. Gambar tersebut di atas dirakam pada petang kelmain pada tarikh 1/8/2009 sekitar pada pukul 1.00 petang hingga pada pukul 5.00 petang.

Read more...

Ahad, 2 Ogos 2009

MAJALAH ANIS KELUARAN OGOS


Rasulullah SAW menegaskan bahawa Ramadan bukan sahaja bulan untuk berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan. Kedatangan Ramadan membuka seluas-luasnya jalan untuk beramal ibadah dengan mudah. Ini kerana para syaitan yang sentiasa menghalang dan merintangi manusia daripada melakukan amal ibadah dalam bulan-bulan lain telah dirantai. Ramadan juga membuka peluang untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda banyaknya. Inilah yang dimaksudkan dengan pintu-pintu syurga dibuka dengan seluas-luasnya. Sementara itu pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya apabila jalan-jalan perlakuan dosa dipersempitkan sepanjang bulan Ramadan. Itulah diantara bonus bantuan dan kemudahan yang tersedia di bulan Ramadan untuk seseorang mengejar keterlanjurannya di masa lalu. Baca Anis Ogos 2009 untuk mengetahui bagaimana hendak pugarkan bumi hati kita di bulan Ramadan.

Read more...

INFO SEMASA

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717.

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Laguna Merbok



Restoran Radix Organic Recipe (ROR) Cawangan Sg Petani

Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) Cawangan Sg Petani

Restoran Radix Chicken House (RCH) Cawangan Kangar

Hotel Salahuddin Al Ayubbi di Kota Bharu (bakal dibuka)

Kilang Air Berkarbonat di Kota Bharu (bakal dibuka)

Pusat Pertenakan dan Penyembelihan Ayam Organik di Bachok (bakal dibuka)

RFC di Kubang Kerian, Kota Bharu (bakal dibuka)

KIOSK di Paya Rambai, Kota Bharu (baru dibuka)

Ahli HPA yang berbelanja di semua restoran HPA ini akan mendapat point (NM).

SIGN IN EMAIL

(e.g. latihan_promosi@yahoo.com)

[Uncheck if on a shared computer]

PESANAN

CARTA ORGANISASI TERTINGGI

ISMAIL BIN OMAR
AGM Zon Timur
013-4839727

AHMAD HUZAIMI BIN MOHD NOOR
Peg. Operasi & Audit Dalaman
019-9599717

MOHD KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
Peg. Latihan & Promosi
012-4131904

NOR FAZILLAH BINTI MOHD ARIF
Peg. Pentadbiran & Perjawatan
019-9567969

WAN RABIAH BINTI WAN HASSAN
Peg. Akaun & Belian
019-9315301

MOHD KHAIRUL ASYRAF BIN ISMAIL
Peg. Projek & Pembangunan
013-9823727

HASBI IKHWAN BIN HANAFI
Peg. Stor & Logistik
013-6265250

NUR AMIRA BINTI MOHAMED
Kerani Operasi & Audit
014-5004575

NORAINI BINTI MUHAMMAD
Pemantau Stok
017-9858972

ADUAN ONLINE

NAMA:
EMAIL :
MESEJ :

Klik Di sini

_________________
Imej

RADIO ONLINE

  © Webmaster Multimedia sila klik di sini Profil Webmaster 2009

Back to TOP