"BEKERJALAH KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH SEOLAH-OLAH KAMU HIDUP SELAMA-LAMANYA DAN BERIBADAHLAH KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOK" - MAKSUD HADIS

Photobucket
KLIK DI SINI JIKA TERHENTI

RCH (Radix Chicken House) bakal dibuka di Kota Bharu :
MK3-068, Tingkat 3 Kota Bharu Trade Centre,
Jalan Buluh Kubu,
15000 Kota Bharu, Kelantan

PBC BULAN NOVEMBER 2009
7 & 8 NOVEMBER 2009 (SANCTUARY RESORT CHERATING,PAHANG)
7 & 8 NONEMBER 2009 (SEMPURNA RESORT KUANTAN,PAHANG)
6 & 7 NOVEMBER 2009 (TNB RESORT JELI, KELANTAN) 6 & 7 NOVEMBER 2009 (TRADE CENTER, KELANTAN)

Selasa, 28 Julai 2009

20 PENGEDAR TERBAIK HPA

20 pengedar terbaik HPA atau dikenali sebagai Top20 mendapat durian runtuh apabila dianugerahkan mengerjakan HAJI atau wang tunai RM15,000.00.

TOP 20 dipilih berdasarkan BONUS yang diterima dan juga memenuhi syarat dan kriteria dalam INSENTIF C : KATEGORI 1, KONVEK 2009... iaitu pengedar berpangkat minima PJE yang membuat belian peribadi 200NM dan 300NM bersih dari jaringan PLX kebawah dari Okt 2008 hingga Mei 2009 dan mempunyai bonus sekurang-kurangnya RM10,000 sebelum Mei 2009. Maka Top20 dari mereka yang layak diatas mendapat insentif HAJI yang ditawarkan.

Berikut disenaraikan mereka yang layak mengikut urutan no daftar keahlian HPA.... yang diumumkan semasa Konvek 2009 baru-baru ini.


1. 000002 : NORHAYATI BIN YUNUS (Selangor)
2. 000014 : MOHD NADZRI BIN AHMAD (Kedah)
3. 000286 : ROSMANDI ISHAK (Selangor)
4. 001991 : CHE ABD RAHMAN BIN CHE OMAR (Kelantan)
5. 002550 : HADFIZAN BIN FAUZI (Selangor)
6. 003458 : AMINAH BT SAM (Negeri Sembilan)
7. 014605 : ZAHARAH BT MAT ZAIN (Kedah)
8. 017390 : SITI ZAWIYAH@NOR ZAKIAH ABD RAHMAN (Kelantan)
9. 019195 : ISMAIL BIN OTHMAN (Kedah)
10. 025053 : MOHD SHAFIE BIN TASIRON (Johor)
11. 031716 : SHARIFAH SULAIMAN (Kedah)
12. 041362 : MURAD BIN ABU BAKAR (Selangor)
13. 045875 : MOHD ZAHIR BIN GHAZALI (Kedah)
14. 049750 : SABRI BIN AHMAD (Kedah)
15. 049956 : SITI HABIBAH YUSOFF (Negeri Sembilan)
16. 085867 : KHALID BIN ISHKRI (Selangor)
17. 108524 : AZIZAN BIN AHMAD (Kedah)
18. 111252 : JAAFAR BIN ABDUL GHANI (Pahang)
19. 111801 : MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH (Kelantan)
20. 281680 : SYED AGEEL SYED MAHAYADDIN (P.Pinang)

Read more...

PENTADBIRAN HPA BERPINDAH KE PUTRAJAYA


Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail ketika berucap merasmikan KONVEK HPA 2009 di Dewan MAEP Serdang

Selepas jualan HPA mencecah 15 juta sebulan pada tahun ini, pusat pentadbiran HPA yang kini beroperasi di Perlis akan berpindah ke Putrajaya secepat mungkin. Ini dinyatakan oleh Tuan Haji Ismail Hj Ahmad Pengarah Urusan HPA ketika merasmikan KONVEK 09 di Dewan MAEP Serdang pada 25 Julai 2009. Menurutnya lagi dalam kita mensasarkan 500 produk HPA penghujung tahun ini, banyak lagi projek besar yang akan dibangunkan oleh HPA. Antaranya RFC di Lembah Klang, HPA Mall, membangunkan beberapa buah hotel lagi setelah kita berjaya membuka dengan rasminya AzZahra Inn di Sg Petani dan akhirnya nanti dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan menukarkan KOWAHIDA kepada sebuah BANK WAHIDA yang bertaraf antarabangsa.

Menurutnya lagi HPA akan menubuhkan Universitinya sendiri suatu masa kelak yang kini kita telah memulakannya dengan menubuhkan Institut Teknologi HPA (IT HPA). IT HPA merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki dan diuruskankan oleh Teknologi HPA Sdn Bhd. Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan seramai mungkin generasi salafussoleh (orang yang beriman) dengan menggunakan pendekatan AL-QURAN, Hadis, Ijmak dan Qias. Bidang pengajiannya terbahagi kepada tiga:

- Pengajian Islam (Manhal)
- Pengubatan Islam
- Kemahiran / Professional

Read more...

Ahad, 26 Julai 2009

HPA MASUK TV9 ACARA KOPI TARIK


Sila KLIK video di atas untuk menonton

Tahniah diucapkan kepada HPA yang baru sahaja selesai menerusi siaran langsung TV9 yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi tadi dalam acara "Kopi Tarik". Banyak acara-acara lagi yang berlangsung pada pagi tadi menerusi TV9 antara-antaranya ialah seperti "Persembahan Memasak" selain acara "Kopi Tarik". Pengacara yang dihoskan dalam acara "Kopi Tarik" ialah pengacara TV9, Farah Adeeba selain juga turut hadir pengacara tersebut ialah Aziz Desa. Alhamdulillah, "Kopi Radix HPA" menjadi Product Killer yang menjadi rebutan dan pilihan para pengunjung-pengunjung,artist-artist dan tidak lupa juga pengacara TV9 sendiri (Farah Adeeba & Aziz Desa) yang tidak putus-putus mencubanya beberapa kali "Kopi Radix" dan mereka menyatakan bahawa kopi HPA sangat-sangat sedap. "MAI SECAWAN......." Itulah antara slogan-slogan yang diutarakan oleh mereka.

Read more...

Sabtu, 25 Julai 2009

BUKU JAWI MEDICIAL HERBS SIRI 2

Buku Jawi Medical Herbs Siri ke 2

Alhamdulillah....buku Jawi Medical Herbs siri ke 2 yang kita nanti-nantikan selama ini telah telah pun disiapkan sepenuhnya dalam bulan ini. Buku tersebut adalah sambungan daripada episod yang pertama. Insya Allah buku tersebut akan diedarkan dalam masa yang terdekat ini kepada semua cawangan-cawangan nanti dan juga ada nilai mata.

Read more...

Khamis, 23 Julai 2009

FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA


Festival Kedah Sejahtera

Negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali dengan Negeri Jelapang Padi terletak di bahagian Utara Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 9,245 km persegi. Negeri Kedah yang berkepadatan penduduk hampir 2 juta orang terkenal dengan pelbagai tarikan destinasi pelancongan yang menarik antaranya Pulau Langkawi.

Festival Kedah Sejahtera adalah hasil penjanaan idea dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada seluruh rakyat. Penganjuran ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memupuk persekitaran masyarakat yang harmoni seterusnya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan negeri.

Festival Kedah Sejahtera bakal berlansung pada :

Tarikh : 22 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009

Tempat : Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.

Kunjungan Diraja

  • Penganjuran festival ini bakal menerima kunjungan di raja dari Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 23 Julai 2009
Penajaan
  • HPA Industries Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat yang menjadi penaja utama di Festival Kedah Sejahtera 2009.
  • Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Festival Kedah Sejahtera 2009 sila layari http://www.kedahsejahtera.com.my

Read more...

PERASMIAN HOTEL EL-ZAHRAA INN



Hotel El-Zahraa Inn telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan



Alhamdulillah Hotel El-Zahraa telah beroperasi secara rasminya tepat pada pukul 11.00 pagi pada tarikh 21/7/2009. Hotel El-Zahraa telah di rasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. Sebelum itu diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok.Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehla memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Kemudahan dalam bilik
  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini / Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/ sejuk
  9. Seterika / papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

Read more...

Isnin, 13 Julai 2009

RFC SUNGAI PETANI DAN ALOR SETAR


Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Waktu Perniagaan RFC: 24 jam sehari. Dibuka setiap hari.

Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717. Emel: syedrfc@yahoo.com.my

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717
Waktu Perniagaan RFC: 10 pagi - 11 malam.


Berminat dengan perniagaan franchise RFC? Sila rujuk artikel di bawah.

RFC satu altenatif

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 1 pakej iaitu pakej RM 1.5 juta.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 013-5309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Read more...

INFO SEMASA

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani:
Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717.

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Laguna Merbok



Restoran Radix Organic Recipe (ROR) Cawangan Sg Petani

Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) Cawangan Sg Petani

Restoran Radix Chicken House (RCH) Cawangan Kangar

Hotel Salahuddin Al Ayubbi di Kota Bharu (bakal dibuka)

Kilang Air Berkarbonat di Kota Bharu (bakal dibuka)

Pusat Pertenakan dan Penyembelihan Ayam Organik di Bachok (bakal dibuka)

RFC di Kubang Kerian, Kota Bharu (bakal dibuka)

KIOSK di Paya Rambai, Kota Bharu (baru dibuka)

Ahli HPA yang berbelanja di semua restoran HPA ini akan mendapat point (NM).

SIGN IN EMAIL

(e.g. latihan_promosi@yahoo.com)

[Uncheck if on a shared computer]

PESANAN

CARTA ORGANISASI TERTINGGI

ISMAIL BIN OMAR
AGM Zon Timur
013-4839727

AHMAD HUZAIMI BIN MOHD NOOR
Peg. Operasi & Audit Dalaman
019-9599717

MOHD KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
Peg. Latihan & Promosi
012-4131904

NOR FAZILLAH BINTI MOHD ARIF
Peg. Pentadbiran & Perjawatan
019-9567969

WAN RABIAH BINTI WAN HASSAN
Peg. Akaun & Belian
019-9315301

MOHD KHAIRUL ASYRAF BIN ISMAIL
Peg. Projek & Pembangunan
013-9823727

HASBI IKHWAN BIN HANAFI
Peg. Stor & Logistik
013-6265250

NUR AMIRA BINTI MOHAMED
Kerani Operasi & Audit
014-5004575

NORAINI BINTI MUHAMMAD
Pemantau Stok
017-9858972

ADUAN ONLINE

NAMA:
EMAIL :
MESEJ :

Klik Di sini

_________________
Imej

RADIO ONLINE

  © Webmaster Multimedia sila klik di sini Profil Webmaster 2009

Back to TOP